Mengenai Blog Ini

Kelab Kebajikan PPDU ditubuhkan pada 26 Mac 2010 yang bermatlamat untuk menjaga kebajikan staf dan pelajar di pusat ini serta mengeratkan lagi hubungan di antara ahli-ahlinya.

Friday, January 14, 2011

Mari kita belajar dari rasmi alam:

Jangan jadi macam lalang,
Badan lentok ikut angin,
Nanti dek orang kata kau dalang,
Mudah terikut mana yang ingin.

Jangan ikut rasmi ayam,
Telur sebiji riuh sekampung,
Biar mulut sentiasa diam,
Walau ada harta segunung.


Ikutlah rasmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk,
Biarpun kita berbudi,
Elakkan diri menunjuk-nunjuk.

Ikutlah rasmi itik,
Biarpun jalan terkedek-kedek,
Dalam barisan begitu cantik,
Biarpun keluar mahupun balik.


Itulah sedikit rasmi alam,
Sedikit cerita buat kau teman,
Moga memberi sedikit pedoman,
Semoga kekalnya sepanjanag zaman.

Thursday, December 23, 2010

 CDR Family Day
Sukar untuk ditafsirkan dengan kata-kata. Namun di sebalik senyuman dan raut wajah-wajah ini, ada sesuatu kenangan manis yang sukar untuk dilupakan. Moga-moga suasana kemesraan dan  ikatan kekeluargaan seperti ini akan terus wujud buat selama-lamanya. Mari kita doakan.......

Baca artikel berkaitan>>

Wednesday, December 15, 2010

Ingat tak lagi kenangan itu?

Walaupun dah beberapa bulan berlalu...tapi kenangan itu masih segar lagi di minda....
7:30 pagi....Masing-masing dengan wajah yang ceria dok menanti di depan kompleks EUREKA semasa aku tiba pada pagi itu. Bas masih lagi belum sampai...Rahim masih lagi belum sampai. Sewaktu aku call minta kepastian...katanya dalam perjalanan....aiiii!! cif (panggilan yang sering diberi oleh Ashok) lambat lagi..
Dalam dok menanti Rahim dan beberapa ahli kelab yang masih lagi belum kunjung tiba...sempat juga aku perhatikan...kebanyakan yang hadir memakai baju hitam putih...entah secara kebetulan ataupun dah berpakat...tapi yang pastinya aku juga turut mengenakan baju bewarna putih...
Hampir pukul 8:15 pagi...baru nampak wajah bas yang baru kunjung tiba. Wajah masing-masing barulah nampak sedikit ceria kerana dek penat menunggu. Perjalanan bermula...cuma singgah sebentar di depan jejantas di depan Hospital Seberang Jaya untuk mengambil Encik Narhari dan isterinya....raut wajahnya nampak sedikit ceria...sukar untuk dibaca apa yang bermain di mindanya...mungkin juga kerana beberapa hari saja lagi dia akan pencen...entahlah.
Tiba di perhentian R&R Gurun...kami sempat singgah sebentar untuk bersarapan pagi. Masing-masing mendapatkan alas perut sebelum kembali bertolak ke Rimba Herba Perlis, iaitu destinasi pertama lawatan kali ini. Maka..masing-masing kembali dengan agenda teresndiri...ada yang berbual..ada yang yang terus terlelap dan hanyut entah ke mana agaknya...ada juga yang sempat berposing....pastinya, sekali-sekala anak mata masing-masing masih lagi  sempat lagi memberi fokus kepada filem yang ditayangkan di kaca TV...
Sekali-sekala aku melihat jam di telefon bimbit...dah agak sedikit terlewat daripada jadual asal...Rahim yang duduk berhampiran pemandu kelihatan sedang berbual sesuatu dan sekali-sekala melihat plan perjalanan yang turut dibawa. Ada sesuatu yang tidak kena agaknya. Memang sah sebagaimana yang aku sangkakan...pemandu pengganti memberi tahu bahawa kami dah tersasar laluan. Maklumlah..sekali-sekala datang ke tempat orang. Nak tak nak...terpaksa berhenti sebentar untuk bertanya kepada penduduk setempat arah laluan sebenar.
Alhamdulillah...akhirnya sampai juga ke tempat yang dituju...fuhhhh!!!!...lega. Sempat juga aku merakamkan video dan mengambil beberapa foto yang menarik...posing!. Lalu selepas membayar tiket untuk masuk ke taman...RM1 je seorang (kira murah tu), kami diberi penerangan ringkas mengenai latar belakang  taman tersebut oleh seoarang pegawai. Rombongan kami juga dibawa untuk melawat sekitar taman dan turut   diberi penerangan mengenai tumbuhan-tumbuhan herba yang terdapat di situ serta fungsi-fungsinya...banyak juga knowledge yang dapat pada hari tu.

Sebenarnya ada sesetengah tumbuhan tu ada di sekitar kita...tapi kita sahaja yang tak tahu fungsi dan nilainya..rugi!!!!!.













Habis lawatan..ahli rombongan dihidangkan dengan teh misai kucing. Ada yang bertambah minumnya.....freeeeee.
Sebelum balik...posing lagi. Kemudian berangkat pula untuk mencari alas perut...perut dah berkeroncong. Mana lagi....makanlah.
Selepas perut dah kenyang berisi...mana lagi?...shopping di Padang Besar la. Bila dah tiba, masing-masing berpecah dan mengikut haluan masing-masing. Aku dan Rahim  singgah sebentar di kedai kraf tangan dan beberapa deretan gerai yang menjual pelbagai barangan....oh! macam-macam la.... sambil mencari-cari apa yang nampak menarik. Sempat la juga aku membeli beberapa buah tangan untuk anak-anak buah yang ditinggalkan di rumah.
Lebih kurang pukul 6:30 petang...maka kami pun berangkat pulang sambil mengusung buah tangan masing-masing. Ada yang dah nampak kepenatan...tapi yang pentingnya, masing-masing enjoy!!!!!.

Sunday, June 20, 2010



Alhamdulillah....begitulah ungkapan yang dapat saya lahirkan apabila program kerohanian yang kali kedua diadakan ini sedikit sebanyak memberi manfaat dan menambahkan pengetahuan untuk kita semua.Semoga program-program kerohanian seperti ini dapat kita terus laksanakan dari masa ke semasa.
Terima kasih kepada Encik Khairil kita yang sedaya upaya untuk menjayakan majlis ini. Juga setulus ucapan terima kasih juga ingin saya ungkapkan kepada semua AJK dan  ahli-ahli kelab yang lain yang turut menjayakan majlis pada hari ini. Bagi yang sudi menghulurkan sumbangan kuih-muih, moga-moga Allah mengurniakan keberkatan terhadap niat murni anda tersebut.
Oh ya....di sini sempat juga saya rakamkan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Zamrus, yang bertajuk "Kepentingan Al-Quran dalam Kehidupan". Jika anda ingin mendengarnya...klik pada player di bawah.


                                      

..ataupun jika anda berminat untuk muat turun fail ceramah ini, dapatkannya di Ceramah Ustaz Zamrus-Kepentingan Al-Quran Dalam Kehidupan

Antara foto-foto yang dirakamkan semasa ceramah tersebut:
Ucapan aluan oleh AJK Kerohanian, Encik Mohd Khairil Ismail

Ustaz Zamrus sedang menyampaikan ceramahnya.


Khusyuk mendengar ceramah......

Ceramah dah habis...posing sekejap!


Abang Mat yang setia dengan tugas rutinnya...

Sunday, June 6, 2010

The miracle of immune system